Bengkel Baju Kurung ke-181: Bermula Daripada Zero.

Alhamdulillah, bengkel jahitan yang pertama selepas raya ini disertai empat orang  peserta. Tiga peserta mempelajari jahitan baju kurung, manakala seorang peserta mempelajari jahitan kurung moden.

Seperti sebelumnya juga, setiap peserta yang mengikuti bengkel jahitan ini akan diajar pengetahuan asas kaedah atau cara berikut:-
* Mengambil ukuran baju berdasarkan ukuran badan masing-masing
* Merajah pola (pada kertas minyak)
* Memotong kain dengan mudah
* Teknik menjahit cantum baju hingga siap.

Manakala bagi peserta yang tidak pernah menjahit, buat pertamanya mereka akan diperkenalkan dengan mesin jahit dan cara mengendalikannya.

Walaupun, itulah kali pertama mereka belajar memotong kain dan menjahit (zero pengalaman tentang jahitan) insya-Allah, di hujung kelas, mereka akan berjaya menyiapkan baju masing-masing dengan baik.

Cuma untuk lebih kemas dan cantik, mereka kenalah selalu atau biasakan diri menjahit lagi … (klik sini)

Posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Kurung Moden | Leave a comment

Bengkel Jubah Wanita ke-67: Pertama kali mengajar jahit jubah kurta

Sekitar bengkel jahitan hari ini. Hanya 3 peserta, seorang belajar jubah wanita, seorang jubah lelaki dan seorang belajar menjahit jubah kurta yang pertama kali diadakan. Kebetulan, sekarang jubah kurta menjadi trend terutama di kalangan remaja.

Sangat berbaloi belajar menjahit ni, sebab apabila kita sudah pandai menjahit, kita boleh jahit baju atau jubah dengan lebih baik dan kemas. Bukan sahaja untuk kita sendiri, malah kita boleh ambil tempahan juga. (klik sini)

Mula2 ambillah tempahan dari adik beradik dulu. Apabila dah semakin yakin, buka pula tempahan kepada jiran2 dan rakan2 sepejabat.  Secara tak langsung, kita akan ada sumber kewangan kedua dari jahitan! (baca juga: sini dan sini)

Selamat mencuba, semoga segala ilmu yang baru dipelajari ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Posted in Bengkel Jubah Kurta, Bengkel Jubah Lelaki, Bengkel Jubah Wanita | Leave a comment

Bengkel Jubah Wanita ke-66: Tahu menjahit satu kemahiran yang begitu berharga.

Alhamdulillah, sudah ramai yang mengikuti bengkel jahitan ini yang telah berjaya menjahit sendiri pakaian mereka dan anak-anak terutama pakaian raya atau baju kurung sekolah anak-anak.

Tidak kurang juga, apabila telah mahir menjahit baju kurung, mereka datang semula untuk belajar menjahit baju kurung moden, jubah wanita, jubah lelaki ataupun baju Melayu. (klik sini) Mereka belajar sebagai memenuhi keperluan semasa keluarga.

Pendek kata semakin banyak yang mereka belajar, semakin mudah mereka menyediakan pakaian untuk keluarga. Tambah2 lagi, dalam keadaan kos  hidup yang serba mahal. Maka, pastinya tahu menjahit adalah satu kemahiran yang begitu berharga! (klik sini)

Berikut suasana bengkel jahitan kali ini.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Posted in Bengkel Baju Melayu, Bengkel Jubah Wanita | Leave a comment

Bengkel Baju Kurung ke-181: Petua nak bagi boleh menjahit.

Seringnya mereka yang tidak pernah belajar menjahit merasa menjahit itu susah, leceh, renyah dan macam-macam lagi. Tapi itu sebenarnya hanyalah tanggapan awal. Sebab apabila sudah tahu menjahit, semuanya akan jadi mudah.

Tidak kira siapa dan apa kerjaya kita, sebelum hadir ke kelas2 jahitan, kena ada dua perkara:

1. Cita-cita untuk belajar.
Apabila tiba-tiba terasa atau terfikir untuk menambah ilmu di bidang jahitan, segeralah cari kelas2 jahitan yang bersesuaian dan berhampiran dengan anda. Hari ini maklumat mengenainya mudah diperolehi di internet atau bertanya mereka yang tahu.
Sebaik2nya  segeralah menghubungi pengusahanya dan hadir ke kelas mereka. Jika tidak, atau istilahnya ‘bertangguh-tangguh’, ia selalunya akan ‘sejuk’ dan akhirnya tidak jadi. (klik sini)

2.  Perlu paksaan.
Jika anda sudah ada minat, tapi sering tergendala kerana kesibukan tugasan harian atau kekangan melayani keluarga, maka anda sebenarnya perlukan sedikit paksaan; cari masa yang agak sesuai, ‘pejam mata’ dan hadirlah ke kelas. Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan oleh Allah. (klik sini dan sini)

Berikut suasana bengkel baju kurung, yang turut dihadiri seorang peserta baju Melayu.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Baju Melayu | Leave a comment