CARA DAFTAR

Bagi memudahkan pendaftaran dibuat:
1) Pilih  jenis bengkel yang ingin anda ikuti (sama ada bengkel baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju raihan, blaus dan lain-lain).

2) Pilih tarikh bengkel yang sesuai dengan minat dan masa anda (Rujuk kolum sebelah kanan: JADUAL BENGKEL atau SENARAI PESERTA BENGKEL).

3) Hubungi TIKFASHION (Pn Norhayati – tel/wsapp: 013-339 1361 /emel: bengkeljahitan@yahoo.com) untuk tempah kelas. Bagi mana-mana kelas yang masih ada kekosongan, tempahan kelas boleh dibuat dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM100 ke akaun saya.

BAYARAN DEPOSIT

4) Buat bayaran deposit (RM100) ke akaun: Maybank 1621 3323 8097 (atas nama Norhayati Ismail). Baki yuran boleh dibayar pada hari pertama bengkel berkaitan.

4.1) Setelah bayaran dibuat sama ada melalui maybank2u atau lain-lain internet banking, harap turut catat di ruangan emel penerima: bengkeljahitan@yahoo.com.
Atau cal/wsapp : 013-339 1361 untuk makluman..

4.2) Jika bayaran dibuat secara tunai di mesin ATM Maybank, harap dapat cal atau sms nama dan masa/tarikh bayaran kepada saya (untuk simpanan rekod).

PENGESAHAN BOOKING

5) Selepas pengesahan bayaran dibuat, nama anda akan dimasukkan ke dalam SENARAI PESERTA BENGKEL.

PENANGGUHAN

6) Bagi mana-mana peserta yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan berhasrat menangguhkan tarikh kelas ke suatu tarikh baru,  harap dapat segera menghubungi kami (sebaiknya dalam masa 7 hari sebelum tarikh bengkel) supaya pertukaran / pendaftaran peserta ganti dapat dilakukan dengan lancar (bagi membolehkan peserta ganti mempunyai masa dan  persediaan yang mencukupi dan selesa).

PEMBATALAN

7) Bagi mana-mana peserta yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan berhasrat menarik diri daripada menyertai kelas, bayaran deposit yang telah dibuat tidak akan dipulangkan. Walau bagaimanapun, bayaran deposit tersebut akan disimpan dan akan dipertimbangkan semula sebagai deposit baru untuk tempahan tarikh bengkel yang baru pula (peluang kedua), seperti yang dipersetujui bersama.

************************

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
……………………………………………………………………………………….

Comments are closed.