TEAM KAMI

Atas kesedaran mahu menyebar luas ilmu dan pengalaman yang kami ada di bidang jahitan, selain cita-cita untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain, maka Tikfashion mempelawa suri rumah, wanita berkerjaya, pelajar, sama ada secara individu atau berkumpulan untuk menyertai BENGKEL JAHITAN DOT COM pada hujung minggu (hari Sabtu) bertempat di Dewan Konferen 3, Masjid Al Ghufran, Kompleks Balai Islam, Pinggir Taman Tun Dr Ismail. (klik sini)

Bengkel-bengkel yang kami anjurkan adalah:
i. Baju Kurung
ii. Baju Kurung Moden
iii. Jubah wanita
iv. Blaus
v. Baju Raihan
vi. Baju Melayu (perancangan)

Kesemua bengkel ini mudah dipelajari, perlaksanaan yang praktikal dan amat sesuai untuk  semua peringkat usia.

Walau pun bengkel ini diadakan di KL, namun bagi peserta dari luar KL yang berminat mengikutinya tidak perlu risau dengan penginapan, kerana  Masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr Ismail turut menyediakan bilik penginapan yang selesa (dipanggil kamar musafir ) yang boleh disewa dengan harga yang amat berpatutan. (klik sini)

NORHAYATI HJ ISMAIL (Kak Tik)
Pengasas / Pengurus / Pembimbing
  • Nama timangan sejak kecil -  Tik (Kak Tik) – digunakan pada pangkal nama syarikat: Tikfashion.
  • Bermula daripada sekadar minat menjahit, beliau kini berkecimpung sepenuh masa dalam dunia jahitan dan latihan sejak lebih 35 tahun lalu.
  • Berkelulusan Diploma Art & Design (Tekstil) daripada UiTM, pernah mengikuti kursus jahitan pakaian MLVK kelolaan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus jahitan jangka pendek kelolaan En Salikin Sidek, pereka fesyen terkenal.
  • April 2002 – Disember 2008: Mengadakan kelas jahitan baju kurung, baju Melayu, langsir dan jubah di rumah.
  •  Januari 2009 – April 2011: Mengadakan kelas jahitan baju kurung, langsir dari rumah ke rumah. Kelas diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
  • Mei 2011 – sekarang: Mengadakan bengkel jahitan baju kurung, blaus dan jubah wanita, bertempat di Dewan Konferen 3, Masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr Ismail.

http://facebook.com/bengkeljahitandotcom.

Comments are closed.