Blaus & Skirt A-Line

Tikfashion menganjurkan bengkel Blaus & Skirt A-Line selama  1 hari pada hujung minggu yang terpilih ,seperti berikut:

  • Hari: Sabtu .
  • Masa: 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
  • Tarikh: Sila rujuk tarikh yang ditetapkan di bawah  Senarai Peserta Bengkel (sebelah atas, kanan) di laman web ini.
  • Lokasi: Masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Ismail, KL (Dewan Konferen 3)
  • Yuran: RM350 seorang.

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA:

1. Kain :
>>> a) 2.25 – 2.5 meter untuk baju
>>> b) 2.25 – 2.5 meter untuk kain.
2. Benang – ikut warna kain.
3. Butang – 7 biji sebesar syiling 5 atau 10 sen (warna butang ikut padanan kain).
4. Zip – 8 in.

PERALATAN YANG DISEDIAKAN:

  • Mesin jahit
  • Peralatan memotong dan mengukur seperti gunting, pembaris, pita ukur.
  • Nota
  • Makan tengahari
  • Sijil penyertaan

Kelebihan Yang Ditawarkan:
> Insya-Allah, 1 hari boleh pandai, walaupun tiada asas jahitan.
> Bengkel diadakan pada hujung minggu (Sabtu).
> Setiap bengkel terhad kepada 7 peserta sahaja.
> Nota, mesin jahit, makan tengahari dan sijil disediakan.
> Bagi peserta dari luar KL, atau yang tinggal jauh dari lokasi bengkel, boleh mengikuti bengkel ini dengan cara menyewa kamar penginapan di Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran dengan harga yang berpatutan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, emel atau telefon  kami. dengan segera.

Leave a Reply