Baju Kurung

“Betulkah orang macam saya yang tak pernah belajar menjahit, boleh pandai menjahit baju kurung dalam masa satu hari saja?” Inilah antara soalan popular yang sering ditanya kepada saya hingga ke hari ini.

BACA entri selanjutnya… (klik sini). Insya-Allah, dengan jumlah peserta yang terhad dalam satu kelas (Tidak lebih 7 orang), mereka dapat siapkan kerja bengkel dalam masa satu hari sahaja.

——————————————-

TIKFASHION mengadakan bengkel jahitan baju kurung, khusus untuk membimbing kaum ibu dan mereka yang berminat mempelajari dan mengembangkan lagi bidang jahitan ini.

Objektif
1 Peserta mendapat pengetahuan asas kaedah:-
* mengambil ukuran badan
* merajah pola
* memotong kain dengan mudah
* teknik menjahit cantum baju hingga siap.

2 Memahirkan diri untuk membuat pakaian sendiri dan keluarga. Ia mungkin boleh dijadikan hobi masa lapang, bahkan boleh juga dijadikan sumber untuk menambah pendapatan keluarga.

Kelebihan Yang Ditawarkan:
> Insya-Allah, 1 hari boleh pandai, walaupun tiada asas jahitan.
> Bengkel diadakan pada hujung minggu (Sabtu).
> Setiap bengkel terhad kepada 7 peserta sahaja.
> Nota, mesin jahit, makan tengahari dan sijil disediakan.
> Bagi peserta dari luar KL, atau yang tinggal jauh dari lokasi bengkel, boleh mengikuti bengkel ini dengan cara menyewa kamar penginapan di Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran dengan harga yang berpatutan.

Tentatif Jadual
Bengkel Baju Kurung selama satu hari ini diadakan pada hujung minggu terpilih seperti berikut:

  • Hari: Sabtu
  • Masa: 8.30 pagi hingga 6 petang.
  • 8.30 pagi: Pendaftaran & sarapan
  • 8.45 pagi: Kelas bermula.
  • Tarikh: Sila rujuk Senarai Peserta Bengkel yang terdapat di sebelah atas, kanan laman web ini.
  • Lokasi: Masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Ismail, KL (Dewan Konferen 3)

Yuran:
Bayaran yuran ialah RM250 seorang, termasuk nota dan makan tengahari.

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA:

  • Kain cotton 4 meter atau lebih (bidang 45″), contohnya jenis English Cotton, Japanease cotton, atau cotton yang kainnya tidak terlalu lembut seperti cotton voile.
  • Benang sama warna kain (background kain),
  • Zip 8″ (sama warna kain).

PERALATAN YANG DISEDIAKAN:

  • Mesin jahit
  • Peralatan memotong dan mengukur seperti gunting, pembaris, pita ukur.
  • Sijil penyertaan disediakan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, emel atau telefon  kami. dengan segera.

******************

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
……………………………………………………………………………………….

Leave a Reply