Baju Kurung Moden

TIKFASHION mengadakan bengkel jahitan baju kurung, khusus untuk membimbing kaum ibu dan mereka yang berminat mempelajari dan mengembangkan lagi bidang jahitan ini.

Objektif
1 Peserta mendapat pengetahuan asas kaedah:-
* mengambil ukuran badan
* merajah dasar pakaian
* memotong
* menjahit pakaian dengan kemas

2 Memahirkan diri untuk membuat pakaian sendiri dan keluarga. Ia mungkin boleh dijadikan hobi masa lapang, bahkan boleh juga dijadikan sumber untuk menambah pendapatan keluarga.

Kelebihan Yang Ditawarkan:
> Insya-Allah, 1 hari boleh pandai, walaupun tiada asas jahitan.
> Bengkel diadakan pada hujung minggu (Sabtu).
> Setiap bengkel terhad kepada 7 peserta sahaja.
> Diskaun khas bagi perserta yang mendaftar secara berkumpulan (minima 5 orang).
> Nota, mesin jahit, makan tengahari dan sijil disediakan.
> Bagi peserta dari luar KL, atau yang tinggal jauh dari lokasi bengkel, boleh mengikuti bengkel ini dengan cara menyewa kamar penginapan di Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran dengan harga yang berpatutan.

Tentatif Jadual
Bengkel Baju Kurung Moden selama 1 hari seperti berikut:

  • Hari: Sabtu
  • Masa: 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
  • 8.30 pagi: Pendaftaran & sarapan
  • 8.45 pagi: Kelas bermula.
  • Tarikh: Sila rujuk Senarai Peserta Bengkel yang terdapat di sebelah atas, kanan laman web ini.
  • Lokasi: Masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Ismail, KL (Dewan Konferen 3)

Yuran:
Bayaran yuran ialah RM350 seorang, termasuk nota dan makan tengahari.

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA:

  • Kain cotton 4 meter atau lebih (bidang 45″), contohnya jenis English Cotton, Japanease cotton, atau cotton yang kainnya tidak terlalu lembut seperti cotton voile.
  • Benang sama warna kain (background kain),
  • Benang sama warna bunga kain (untuk siapkan mata lalat)
  • Zip 8″ (sama warna kain).

PERALATAN YANG DISEDIAKAN:

  • Mesin jahit
  • Peralatan memotong dan mengukur seperti gunting, pembaris, pita ukur.
  • Sijil penyertaan disediakan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, emel atau telefon  kami. dengan segera.

………………………………………………………………………………………..
Atau : KLIK SINI
……………………………………………………………………………………….

Comments are closed.