Bengkel Baju Kurung ke-25: Belajar cara mengambil ukuran badan bersaiz S-M-L-XL

Tidak dapat dinafikan, Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menjadikan kita dengan saiz badan yang tidak sama. Ada yang berbadan kecil (kurus), sederhana dan besar (gemuk – maafkan saya). Semuanya ini bertujuan agar kita saling berkenal, belajar bersama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Dalam skop kita berbengkel ini umpamanya, perbezaan saiz badan antara sesama peserta amat besar manfaatnya. Antaranya ialah mereka sama-sama berpeluang mempelajari cara-cara mengambil ukuran baju bagi  badan yang berbeza-beza saiznya itu.

Sebenarnya cara mengukur badan mereka yang bersaiz kecil (kurus) tidak sama dengan cara mengukur badan mereka yang bersaiz besar (gemuk). Saya akan terangkan perbezaan tersebut semasa slot mengambil ukuran badan masing-masing.

Secara tidak langsung, mereka yang bersaiz kecil  akan turut mengetahui cara-cara mengukur baju bagi mereka yang bersaiz besar. Ini penting sekiranya suatu hari nanti mereka mahu menjahit baju orang lain yang bersaiz besar atau gemuk. Dan begitulah juga sebaliknya.

Inilah sebenarnya kelebihan apabila anda mengikuti kelas jahitan secara bengkel, berbanding secara individu.

Alhamdulillah, bengkel baju kurung kali ke-25 telah selesai dengan jayanya. Berikut suasananya…

Dua peserta kembar yang baru menamatkan pengajian IPT mereka turut belajar menjahit untuk menambah kemahiran diri.  Pesan saya, walaupun nanti anda berdua bakal menjawat jawatan penting, jangan lupa mengasah terus kemahiran yang baru dipelajari ini. Banyak keistimewaannya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung. Bookmark the permalink.

Leave a Reply