Bengkel Baju Kurung ke-24: Penginapan disediakan…

Sehingga sekarang, saya masih terima pertanyaan bilakah bengkel ini akan diadakan di luar KL? Saya amat menyedari masalah yang anda hadapi: tinggal jauh dan masalah pengangkutan.

Atas dasar itulah saya membuat keputusan untuk mengadakan bengkel ini di Masjid AL Ghufran ini. Ini kerana di sini saya dapat sediakan dua pakej sekaligus: Bengkel Jahitan & Penginapan.

Pada bengkel kali ini, ada peserta yang menginap di kamar penginapan yang disediakan di kompleks masjid ini. Bukan kerana beliau tinggal jauh, tapi kerana masalah pengangkutan dan ingin berehat.

Iya, suka saya sarankan kepada bakal-bakal peserta saya, anda boleh menyewa di kamar penginapan yang disediakan di kompleks ini dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM70 sahaja sehari semalam (tidak termasuk yuran bengkel). Masuk tengahari hari sabtu dan keluar tengahari hari ahad.

Dan kalau ada dua atau tiga peserta berkongsi menyewa satu bilik, lagi jimat. Yang lebih penting, badan pun tak penat berulang alik.

Alhamdulillah, bengkel menjahit baju kurung kali ke-24 tamat dengan jayanya. Berikut suasana bengkel kali ini…

Terima kasih juga kepada Hajah Jalilah yang sudi menjadi pembantu saya mengajar pada kali ini. Beliau adalah bekas peserta bengkel saya yang kini sangat aktif menjahit walaupun ada kerjaya yang sangat baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Masjid Al Ghufran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply