Bengkel Baju Kurung ke-22: Segera jahit baju yang kedua.

Selalunya, saya suka sarankan agar peserta, “Selalu-selalulah praktiskan ilmu jahitan yang telah dipelajari ini. Lagi kerap kita menjahit, lagi bertambah kemahiran dan kekemasan jahitan kita.”

Dalam entri kali ini, saya ingin tambah satu lagi saranan; “Segeralah mulakan menjahit baju kurung yang kedua, ketiga dan seterusnya.” Kalau boleh, sebaik saja tamat kelas, pada malamnya atau keesokannya terus dipraktis ilmu yang dipelajari. Jangan tunggu “Hujung minggulah” atau “Hujung bulanlah” baru nak mula jahit baju kedua. Bukan apa, takut lupa!

Ada seorang peserta, semasa kelas beliau agak perlahan ‘menangkap’ ilmu yang saya berikan. Bagusnya, keesokan harinya selepas bengkel tamat, beliau terus mula menjahit. Beberapa kali juga beliau menelefon saya bertanya itu dan ini, kerana sering lupa. Kemudiannya saya diberitahu, beliau telah berjaya menyiapkan beberapa pasang baju kurung, untuk beliau sendiri dan anak-anaknya.

Selang beberapa minggu kemudian, beliau menelefon lagi. Tapi kali ini beliau bertanya, “Kak, ada jiran mahu tempah jahit baju kurung. Bolehkah saya terima?” Seronok sungguh saya mendengarnya, macam-macam tip dan semangat saya berikan sambil turut memberikan beberapa panduan tentang harga yang patut diletakkan. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, bengkel baju kurung kali ke-22 selesai dengan jayanya. Kali ini ada 6 orang peserta, dan merupakan bengkel baju kurung ke-6 yang turut dihadiri peserta lelaki. Berikut, suasana bengkel kali ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Jahit Baju Kurung, Pengalaman Peserta, Peserta Lelaki. Bookmark the permalink.

Leave a Reply