Bengkel Blaus ke-2: Seronoknya baju siap.

Cantik. Lengan blaus yang berkaff.

 Alhamdulillah, bengkel jahitan hujung minggu lalu dapat diselesaikan dengan jayanya. Mengikut jadual, bengkelnya adalah Bengkel Blaus. Walau bagaimanapun, di saat-saat akhir saya buka juga bengkel itu kepada sesiapa yang ingin belajar menjahit baju kurung. Ia berikutan kekurangan peserta yang ingin mengambil kelas blaus. Kebanyakan yang berminat, tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain.

Saya paling bersyukur, kerana kali ini bengkel saya disertai oleh Puan Ros, peserta dari Kelantan. Beliau dan suami menginap di kamar penginapan Masjid Al Ghufran. Beliau mengambil kelas asas baju kurung.

Tak sangka, walaupun ini pertama kali beliau menjahit,  jahitannya agak kemas. Hingga terpacul soalan saya kepada beliau, “Agak kemas jahitan ni. Macam dah pernah menjahit sebelum ni?”

Maknanya pada minggu ini kelas agak spesial kerana saya terpaksa ajar dua jenis pakaian serentak. Alhamdulillah, syukur banyak-banyak kepada Allah SWT kerana kedua-dua peserta; Puan Harlina (blaus) dan Puan Ros (baju kurung) berjaya menyudahkan kelas dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply