Bengkel Jubah Wanita: Keistimewaan Belajar dan Memakainya

Alhamdulillah, minggu ini selesailah sudah bengkel menjahit jubah wanita bagi kali yang pertamanya.

Jubah adalah pakaian yang sering menjadi pilihan ramai terutama ketika ke masjid atau menghadiri majlis ceramah, menziarahi kematian, dan sebagainya. Namun begitu, tak kurang juga yang memakainya ke pejabat, berjalan-jalan dan sebagainya. Pokok pangkalnya ialah keselesaan si pemakainya.

Sebenarnya banyak untungnya belajar menjahit jubah ini. Selain selepas ini kita sudah boleh menjahit sendiri jubah kita, kita juga boleh menerima tempahan daripada jiran dan kenalan yang lain.

Orang yang memakain jubah, jelas seorang yang suka memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Jika diniatkan memakainya untuk menutup aurat dengan sempurna, insya-Allah ada ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Jika si pemakainya boleh mendapat ganjaran pahala, sudah tentu orang yang menjahitnya juga akan beroleh ganjaran pahalanya yang tersendiri, asalkan dia juga berniat menjahit jubah untuk memenuhi tuntutan menutup aurat seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Berikut adalah suasana bengkel menjahit jubah wanita yang berlangsung dengan jayanya…


Alhamdulillah, sudah siap. Tinggal lagi peserta dikehendaki menyudahkan sendiri beberapa bahagian kemasan seperti jahit hujung lengan, labuh kain, di rumah masing-masing.

Sekali lagi, dalam masa dua minggu berturut-turut ini, selepas mengikuti Bengkel Baju Kurung pada hujung minggu lepas, kali ini Kak Hajah Bashah (berbaju kuning, tiga dari kanan) mempelajari pula cara-cara menjahit jubah wanita. Beliau membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar dan mencari kemahiran diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Jubah Wanita, Kenapa Belajar Menjahit?. Bookmark the permalink.

One Response to Bengkel Jubah Wanita: Keistimewaan Belajar dan Memakainya

  1. Pingback: Akan datang: Bengkel Jubah Wanita kali ke-2 | Bengkel Jahitan Dot Com

Leave a Reply