Mengapa jarum mudah patah?

Sering berlaku, mereka yang baru mula belajar menjahit terkejut bila jarum mesin jahit patah.

Mengapa jarum mudah patah?

Ada beberapa sebab mengapa jarum mudah patah. Antaranya:
i. Apabila kita menarik kain yang sedang dijahit dengan kuat
ii. Kita menahan kain tersebut daripada bergerak ke hadapan (lawan pergerakan mesin).
iii. Kain yang terlalu tebal, sedangkan jarumnya bersaiz kecil (jarum tidak sesuai)
iv. Sekoci longgar
v. Sekeru jarum tidak diketatkan dengan betul
vi. Tapak penekan tidak dipasang dengan betul
vii. Terdapat jarum peniti pada kain (jarum mesin terjahit jarum peniti yang disemat lurus ke hadapan).

Masalah lain berkaitan jarum adalah jika jarum tidak dipasang dengan betul, benang pula mudah putus. Benang juga mudah putus jika jarum tumpul atau jarum halus dipasang benang kasar.

Begitu juga jika jarum tersalah pasang, jarum terlalu pendek atau jarum terlalu halus boleh menyebabkan jahitan kita melangkah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Kaedah Pembelajaran, Panduan Menjahit. Bookmark the permalink.

Leave a Reply