Seronoknya Menjahit.

Suka saya siarkan entri yang ditulis oleh salah seorang peserta, Puan Harmah,  yang pernah mengikuti kelas jahitan baju kurung. Beliau dari kumpulan awal yang mengikuti kelas jahitan yang pernah saya adakan dari rumah ke rumah (sebelum saya  mengadakan siri Bengkel Baju Kurung mulai Mei 2010), sama seperti tulisan Puan Lana (Mudahnya menjahit baju kurung) yang pernah saya siarkan satu ketika dulu.

Selain mereka berdua, saya juga tertarik dengan tulisan Puan Jaja dalam blog beliau tentang pengalaman jahit mata lalat. Puan Jaja adalah antara peserta awal bengkel menjahit baju kurung yang saya adakan di Masjid Al Ghufran, TTDI…. Selamat membaca.

Kursus Asas Menjahit Baju Kurung… diadakan di rumah CikMah… sewaktu CikMah mendaftar dulu (Januari 2010), Kak Yati masih menawarkan khidmat kursus dari rumah ke rumah… Sekarang ni tak pasti pulak, kalau weekday ok kot… Kalau dilihat dari jadual Kak Yati, memang tak menang tangan… penuh je sepanjang minggu… dan sekarang dah anjurkan bengkel, ramai la boleh belajar nanti…

Awalnya, CikMah takut dan seram jugak nak memulakan kelas… Bak kata Kak Yati… mulakan dengan doa… erk… dah lama dah CikMah tak guna mesin jahit… kali terakhir masa Tingkatan 3, buat folio Kemahiran Hidup… CikMah juga langsung tak pernah belajar menjahit… sekadar di sekolah dulu je lah… tapi Kak Yati cakap, CikMah boleh… hmm… motivasi sket…

Kelakar lak rasanya bila Kak Yati cakap, tekan pedal cam kereta… tapi jangan risau tekan pedal mesin jahit, tak ada lori kat depan… wakakaka… (coz CikMah dah berpeluh seram sejuk nak mula menjahit)

Hari 1 – Baju dah siap, kain dah potong
Mata Lalat – tapi mcm2 mata ada… mata dinosour pun ada. huhuhu
Jahit getah pinggang… mencabar… cam serabai jerleh improve..
Hari 2 – Sket jer lagi… tang leher tu..ada sijil tu..

Misi seterusnya… beli kain… latih tubi… baru lah boleh mara step seterusnya… jom jom jom… yang penting nak hadam dulu cara potong, cantum… ok… nantikan perkembangan seterusnya.

p/s : terima kasih Kak Yati ..jauh datang sampai Gombak… banyak lagi nak berguru ngan akak…

Terima kasih kepada Puan Harmah, Puan Lana dan Puan Jaja atas tulisan anda semua. Kak Yati doakan moga-moga anda semua dan begitu juga semua perserta yang pernah belajar dengan Kak Yati, agar maju jaya dalam lapangan dan kerjaya masing-masing. Dan yang utama jangan lupa terus asah kemahiran anda dalam bidang jahitan.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, kita akan dapat berjumpa kembali, insya-Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Dari Blog Peserta, Pengalaman Peserta, Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply