Bengkel Baju Kurung Ke-11: Lelaki juga boleh belajar menjahit.

Abang ipar saya seorang tukang jahit yang agak dikenali ramai di Kota Bharu. Beliau amat mahir menjahit pakaian lelaki terutamanya baju Melayu, kemeja, kot dan sebagainya. Jahitannya amat kemas. Namun begitu saya tak pasti sama ada beliau pernah menjahit baju kurung atau tidak? Tapi saya yakin beliau tahu.

Sewaktu membuat tinjauan prospek kedai jahit di sekitar kawasan saya, saya pernah berkunjung ke sebuah kedai jahit di Sungai Buloh. Kebetuan ia terletak dalam laluan saya ke Kuala Lumpur. Ia milik tukang jahit lelaki dibantu seorang tukang jahit wanita.

Walaupun mungkin pakaian wanita dijahit oleh tukang jahit wanita, saya rasa tukang jahit lelaki itu tahu menjahitnya. Boleh dikatakan setiap kali saya lalui jalan tersebut, saya pasti menoleh ke arah kedai itu. Dan saya dapati kedai jahit itu makin maju dan berkembang.

Apa kaitannya entri bengkel kali ini dengan kedai dan tukang jahit lelaki di atas?

Ada. Sebab bengkel jahitan baju kurung kali ini pertama kali turut dihadiri oleh dua peserta lelaki. Mereka belajar menjahit kerana ingin mengajarnya semula kepada anak-anak, ingin mencari kemahiran tambahan selain yang dah dimiliki, selain mengisi masa lapang. Jahitan mereka agak baik, walaupun itulah kali pertama mereka menjahit.

Saksikan gelagat dan kesungguhan para peserta kali ini menimba ilmu jahitan yang telah diadakan di Kompleks Masjid Al Ghufran, Pinggir TTDI, KL…





…………………………………………………………………………..……..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
……………………………………………………………………………………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply