Bengkel Baju Kurung ke-18: Kenapa benang bawah menggerutu?

“Mengapa berlaku jahitan benang bawah menggerutu?” tanya Puan Suraiya, salah seorang peserta bengkel kali ini. Beliau merujuk jahitan menggunakan mesin jahit ibunya.

Walaupun mesin jahitnya sudah agak berusia, tapi itu bukan alasan. Lama atau baru mesin jahit bukan masalahnya. Mesin jahit lama, kalau betul penjagaannya, tetap memberikan hasil jahitan yang baik dan setanding dengan mesin jahit baru.

Jadi, berlakunya benang jahitan menggerutu atau longgar di bahagian bawah, mungkin berpunca daripada kedudukan benang dalam sekoci tidak dipasang dengan betul.

Kanan: sekoci, kiri: dua jenis gelendung

Begitu juga benang bawah mudah putus jika pemegang benang bawah terlalu ketat, benang bawah terlalu halus, atau gelendung terlalu penuh dengan benang.

Berikut suasana bengkel baju kurung kali ke-18, yang juga bengkel penutup bagi tahun 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Panduan Menjahit. Bookmark the permalink.

Leave a Reply