Bengkel Baju Kurung ke-17: Jom Belajar Menjahit!

Jom belajar menjahit!
Sekali lagi saya ingin mengajak anda, “Jomlah belajar menjahit!”

Walaupun saya hanya mampu mengajak, tapi besar benar harapan saya agar saya diberi kekuatan dan semangat tinggi oleh Allah untuk mencurahkan segala ilmu dan pengalaman menjahit yang saya ada kepada seramai mungkin kaum  ibu. Banyak kelebihannya apabila kita tahu menjahit, setidak-tidaknya jahitan yang asas.

Melalui bengkel-bengkel intensif menjahit baju kurung yang saya anjurkan seperti sekarang ini, dan sebelum ini melalui kelas-kelas jahitan dari rumah ke rumah, saya telah bertemu ramai peserta daripada pelbagai profesion.

Ada pegawai kerajaan, guru besar,  juruanalisa sistem, doktor, jurutera, editor, guru, eksekutif kewangan, tentera, polis, eksekutif takaful, pegawai bank, jururawat, pensyarah IPT, pelajar IPT, pelajar sekolah dan lain-lain lagi. Suri rumah tak terkira ramainya. Bahkan kaum lelaki juga ramai yang belajar. Pendek kata macam-macam ada.

Ada juga beberapa orang daripada mereka yang turut memiliki butik pakaian dan jahitan sendiri. Mereka ini lebih-lebih lagi patut belajar menjahit. Amat penting bagi mereka tahu ilmu jahitan, paling tidak ilmu jahitan yang asas-asas.

Tahu mengurus kedai satu hal. Tahu ilmu jahitan satu hal yang lain. Jika mereka selaku pemilik kedai (butik pakaian dan jahitan) tidak tahu ilmu jahitan, ia umpama tauke restoran yang tidak tahu atau tidak mahir memasak. Apa akan jadi jika tukang masak meragam, sakit atau lari?

Sebab itulah saya ingin mengajak anda semua, tidak kira sama ada anda telah pun ada kerjaya yang baik atau suri rumah sepenuh masa, supaya belajarlah ilmu jahitan. Ia sama seperti tahu ilmu memasak. Menjahit dan memasak sama-sama penting untuk kita tahu. Kedua-duanya memberi manfaat yang sangat besar dan istimewa kepada kita kaum wanita. Percayalah!

Berikut adalah suasana bengkel baju kurung yang telah diadakan di Kompleks Balai Islam, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

Alhamdulillah, dah siap pun sepasang baju kurung yang cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply