Jom Belajar Menjahit di Masjid Al Ghufran: Penyelesaian untuk peserta luar KL

Ramai juga peserta di luar Kuala Lumpur yang bertanya, bila saya akan mengadakan bengkel jahitan seumpama ini di luar Kuala Lumpur? Antaranya dari Johor, Kedah, Trengganu, Penang bahkan dari Sabah juga.

Suka saya nyatakan, buat masa ini saya hanya menumpukan bengkel jahitan ini di Kuala Lumpur sahaja. Iaitu lokasinya di:
> Dewan Konferen 3, Masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Saya amat menyukai lokasi ini kerana beberapa faktor antaranya:
(1). Banyak kemudahan yang disediakan seperti lif ke tingkat atas, dewan berhawa dingin, selain kemudahan mengerjakan solat, cafe dan kakitangannya yang sangat mesra.
(2). Kompleks Masjid AL Ghufran ini juga turut menyediakan kamar penginapan (setaraf hotel) yang boleh disewa dengan kadar sewa yang berpatutan. Tempahan awal adalah lebih baik kerana ia sentiasa penuh pada hujung minggu.
(3). Daripada sejumlah yuran bengkel yang dibayar oleh peserta itu digunakan pula untuk membayar sewa dewan. Secara tidak langsung, kita bersama-sama menyumbang dana (kewangan) yang akan dijana semula oleh pihak Masjid Al Ghufran untuk pelbagai kegunaan dan aktiviti  ke arah  memakmurkan masjid Allah ini. Mudah-mudahan Allah SWT menilainya sebagai amal jariah, pengorbanan dan ibadah kita untuk membesarkan syiar dan agama-Nya.
(4). Mudah untuk ke lokasi bengkel, kerana Masjid Ghufran ini terletak di tepi laluan Lebuhraya Damasara Puchong (LDP), serta dikelilingi beberapa kawasan strategik seperti Taman Tun Dr Ismail, Sungai Penchala (Penchala Link), stesen TV3, One Utama, IKEA, pameran kereta MOFAZ dan sebagainya.

Jadi, jalan penyelesaian bagi peserta dari luar Kuala Lumpur yang ingin mengikuti bengkel jahitan ini, ialah mereka boleh menyewa kamar penginapan (di tingkat 3) dan mengikuti bengkel jahitan saya di Dewan Konferen 3 (di tingkat 2) di Kompleks ini.

Pilihlah tarikh bengkel pada musim cuti sekolah – sambil bercuti bersama anak-anak di Kuala Lumpur… Peserta yang berminat menginap di Kamar penginapan, boleh berhubung sendiri Masjid Al Ghufran di talian 03-7728 2127.

(Sebelum ini, sudah ramai peserta bengkel dari Pahang, Johor, Sarawak dll, bahkan dari luar KL seperti Banting, Sepang dll yang menyewa Kamar Penginapan ini.)

Pemandangan Masjid AL Ghufran dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Laluan ke bahagian lif untuk ke pejabat, dewan konferen dan kamar penginapan.

Bilik untuk sewaan pengunjung. Peserta bengkel juga boleh menyewanya dengan kadar berpatutan, bergantung kepada jenis bilik. (Booking kamar diurus sendiri oleh peserta).

Untuk melihat bayaran & jenis-jenis bilik, boleh lawat Kamar penginapan.

Di bahagian bawah kompleks, disediakan juga kafe yang selesa untuk memudahkan penyewa dan pengunjung menjamu selera. Saya juga menyukai hiasannya terutamanya lampunya, selain dapat melihat panorama luar yang menarik.

…………………………………………………………………………..……..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
……………………………………………………………………………………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Info Bengkel, Jahit Baju Kurung, Masjid Al Ghufran, Umum. Bookmark the permalink.

Comments are closed.