Alhamdulillah, semalam seramai 3 peserta, iaitu seorang peserta, Puan Khairun Nisa belajar menjahit Baju Melayu manakala 2 peserta lagi belajar menjahit baju kurung, berjaya menyiapkan pakaian masing2 dengan jayanya.
Inilah kali pertama saya mengadakan kelas jahitan baju Melayu dalam masa 1 hari sahaja. Memang sukar, tapi dapat dilakukan memandangkan sebelum ini Puan Nisa pernah mengikuti kelas jahitan bersama kami.
Insya-ALlah jumpa balik selepas Syawal nanti.
