Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya.

Alhamdulillah, ketiga2 peserta berjaya menyiapkan baju masing2 dengan sempurna menjelang asar.

Apa yang saya ingin coretkan, salah seorang peserta, Puan Siti Nursahikin walaupun dari Damansara, tapi dek kerana nak memudahkan beliau menyusu bayinya, suaminya telah menyewa di bilik penginapan (yang letaknya di tingkat 3, manakala Dewan Konferen bengkel jahitan ini di tingkat 2 sahaja) Kompleks Masjid Ghufran ini.

Inilah antara keistimewaan Masjid Ghufran. Boleh rujuk entri saya: sini

Jadi, jika puan2 yang ada masalah yang sama utk datang belajar menjahit, insya-ALlah ada penyelesaiannya – menyewa bilik penginapan di Masjid Ghufran ini dengan harga berpatutan (boleh berurusan terus dengan pihak masjid).

———————————
Jadual 5 bengkel jahitan akan datang (3 pada bulan April dan 2 pada bulan Mei) akan diumumkan tidak lama lagi. Selepas itu, bengkel ini akan bercuti sepanjang Ramadan dan Syawal. Harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita, Peserta Luar KL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply