Bengkel Baju Kurung ke-181: Bermula Daripada Zero.

Alhamdulillah, bengkel jahitan yang pertama selepas raya ini disertai empat orang  peserta. Tiga peserta mempelajari jahitan baju kurung, manakala seorang peserta mempelajari jahitan kurung moden.

Seperti sebelumnya juga, setiap peserta yang mengikuti bengkel jahitan ini akan diajar pengetahuan asas kaedah atau cara berikut:-
* Mengambil ukuran baju berdasarkan ukuran badan masing-masing
* Merajah pola (pada kertas minyak)
* Memotong kain dengan mudah
* Teknik menjahit cantum baju hingga siap.

Manakala bagi peserta yang tidak pernah menjahit, buat pertamanya mereka akan diperkenalkan dengan mesin jahit dan cara mengendalikannya.

Walaupun, itulah kali pertama mereka belajar memotong kain dan menjahit (zero pengalaman tentang jahitan) insya-Allah, di hujung kelas, mereka akan berjaya menyiapkan baju masing-masing dengan baik.

Cuma untuk lebih kemas dan cantik, mereka kenalah selalu atau biasakan diri menjahit lagi … (klik sini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Kurung Moden. Bookmark the permalink.

Leave a Reply