Bengkel Baju Kurung Ke-16: 4 Peserta Dari Indah Water Konsortium

Sehingga sekarang saya masih ditanya, “Betulkah orang macam saya yang tak pernah belajar menjahit, boleh pandai menjahit baju kurung dengan mudah di bengkel ini?”

Ramai yang tak percaya, malah ada juga yang tak yakin. Saya tak tahu, adakah yang mereka tak yakin itu sebenarnya mereka tidak yakin mereka mampu melakukannya atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, saya akan menjawabnya dengan merujuk kepada pengalaman para peserta bengkel yang sudah-sudah… Alhamdulillah, mereka telah membuktikannya!

Begitupun, masih ramai yang meraguinya, terutama mereka yang tidak pernah dan tidak berani menggunakan mesin jahit.

Saya tidak boleh salahkan mereka. Selagi mereka tidak mencuba sendiri, maka selama itulah mereka tetap dengan pandangan tersebut.

“Betullah, hari ini saya dah boleh menjahit baju kurung!” Terkeluar luahan hati kegembiraan salah seorang peserta sbaik selesai bengkel pada kali ini.

Kali ini, kali ke-5 bengkel baju kurung disertai oleh peserta lelaki. Bengkel kali ini juga disertai oleh 4 peserta daripada Indah Water Konsortium. Terima kasih kepada pihak pengurusan IWK atas sokongan yang diberikan.

Berikut adalah suasana bengkel baju kurung yang diadakan di Kompleks Balai Islam, Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada kali ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Jahit Baju Kurung, Pengalaman Peserta, Peserta Berkumpulan, Peserta IWK, Peserta Lelaki. Bookmark the permalink.

Leave a Reply