Bengkel Baju Kurung Ke-3: Jahitan sebagai hobi

Alhamdulillah, saya baru saja selesai mengendalikan bengkel intensif baju kurung kali ketiga yang dihadiri seramai tujuh orang peserta.

Kali ini peserta paling jauh adalah dari Bentong, Pahang. Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Na, seorang yang sangat friendly. Walaupun beliau mempunyai jawatan yang sangat selesa, tapi mempunyai minat yang begitu tinggi untuk belajar menjahit.

“Kak Na ingin belajar menjahit sebagai hobi,” katanya.

Benar, menjahit patut dijadikan hobi bagi setiap wanita tidak kira mereka berkerjaya tetap atau seorang suri rumah. Ia satu hobi yang menguntungkan. Apa tidaknya, hobi yang dapat menambah koleksi pakaian keluarga kita dengan kos yang sangat murah!

Bayangkan, seminggu kita bergelumang dengan kerjaya masing-masing. Jadi apa salahnya pada hujung minggu, kalau kita tak ke mana-mana, kita tukar sekejap profesyen yang telah lama kita sandang ini, dengan berjinak-jinak dalam dunia jahitan yang baru saja kita pelajari ini.

Siapa tahu, daripada hanya sekadar hobi hujung minggu, mungkin ia boleh menjana pendapatan baru untuk kita…

Foto di atas dan foto-foto berikut ini adalah suasana ceria yang sempat dirakam semasa berlangsungnya bengkel jahitan kali ke-3 yang telah diadakan di Dewan Konferen Masjid Al Ghufran TTDI, KL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply