Beli mesin jahit dulu atau belajar dulu?

Ramai juga yang bertanyakan saya panduan membeli mesin, mesin yang bagaimana sesuai dibeli, berapa harganya, antara beli mesin dulu atau masuk kelas dulu, dan sebagainya.

Ada yang sempat saya jawab, dan ada yang belum. Bagi mereka yang belum saya jawab atau bagi mereka yang ingin bertanya perkara yang sama, suka saya ulangi jawapan yang pernah saya jawab dulu.

Bagi saya ada mesin dulu ada baiknya. Baiknya adalah bila dah belajar, terus boleh praktis. Jika tidak, terpaksa tunggu dulu. Apabila terlalu lama ilmu tak dipraktis, dikhuatiri lupa.

Bagi sesiapa yang ingin membeli mesin, apa-apa jenis mesin pun boleh. Paling baik kalau beli jenis mesin jahit mudah alih. Boleh bawa ke mana-mana.

Manakala dari segi harganya pula, bagi saya ia agak mahal jika harganya lebih RM1,000. Tapi ia bergantung kepada bajet yang kita ada. Apa yang penting, ia mampu menjahit banyak jenis kain, termasuk kain langsir.

Keterangan gambar (atas):
Sebahagian mesin jahit kami yang disimpan dalam beg kain khas.

Beg kain ini adalah ilham suami saya. Sebelum ini, semasa mesin-mesin ini diangkat dari kenderaan ke dewan bengkel dan sebaliknya, hanya dua mesin yang dapat dibawa sekali ulangalik.

Sebaliknya dengan adanya beg kain ini, empat mesin dapat dibawa sekaligus. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga ulang alik.

Nota: Ada peserta yang beli mesin jahit yang saya jual berminat dengan beg kain ini. Mereka tertarik dan ingin memilikinya. Mungkin kerana ia cantik atau unik? Iyalah, mana ada jual kat kedai?

Secara tak langsung, saya terfikir dan merancang untuk mengadakan bengkel item khas seperti beg kain, alas tangan, alas meja, barangan cenderahati dan sebagainya pada tahun hadapan, insya-Allah. Kalau jadi kelak, saya ingin kalau dapat, melatih seramai mungkin, terutama para remaja dengan kemahiran yang kreatif ini.

Hari ini, banyak blog yang mempromosi item sebegini. Sama ada hanya mempamerkan produk siap, menjualnya atau menawarkan kursus yang berkaitan, ataupun secara suka-suka.

Secara peribadinya, saya amat menyokong blog-blog yang menjayakan usaha-usaha yang murni ini. Kerana ia mampu menggalakkan masyarakat kita berfikiran kreatif dan bergerak aktif.

…………………………………………………………………………..……..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
……………………………………………………………………………………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Panduan Memilih Mesin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply