Bengkel Baju Kurung ke-177: Belajar bermula daripada zero.

Rezeki tidak datang bergolek. Ilmu dan pengalaman juga begitu. Maknanya kita kena berusaha untuk memilikinya. Hal ini pernah saya tulis suatu masa dahulu (klik   sini).

Untuk hidup berilmu, tak kira apa ilmunya, yang berkaitan dengan ilmu2 kemahiran hidup, contohnya ilmu menjahit ini, sebaiknya kita bermula daripada ‘zero’  - masuk kelas  secara formal dan ikuti pembelajarannya.

Apabila sudah ada ilmunya, tambah kemahiran dengan memperbanyakkan latihan. Dalam kes ini, sebaiknya dengan menjahit segera baju yang kedua, ketiga dan seterusnya dengan secepat mungkin. (klik sini dan sini)

Insya-Allah, lama kelamaan jahitan kita akan bertambah kemas dan cantik. Berikut suasana bengkel jahitan kali ini.

…………………………………………………….
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung. Bookmark the permalink.

Leave a Reply