Bengkel Baju Kurung ke-175: Pulang dengan memakai jubah yang baru siap dijahit.

Sebelum saya pernah tulis komen seorang peserta; ‘Datang bawa kain, balik bawa baju’, yang begitu teruja kerana berjaya menyiapkan sepasang baju kurung dalam masa 1 hari sahaja. Klik sini. Bukan beliau peserta yang pertama berkata begitu, malah ramai lain yang meluahkan keterujaan masing2 selepas bengkel.

Begitulah selalunya yang berlaku… apa2 pun kami sentiasa berdoa dan berharap agar setiap peserta yang pernah hadir ke bengkel jahitan akan pulang dengan bekalan ilmu jahitan yang baik dan sempurna (walaupun sebahagian besar daripada mereka ada yg datang ke bengkel tanpa ada apa2 asas dalam jahitan. Yang ada cuma keazaman tinggi untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Di sini kami membantu mencungkil bakat2 dan kebolehan menjahit yang tersembunyi dalam diri… (klik sini) moga ALlah mempermudahkan usaha kita semua.)

Yang terbaru, salah seorang peserta, Puan Siti pulang dengan selambanya memakai jubah yang  baru sahaja siap dijahit di bengkel! Sekali imbas, kami memang tak perasan jubah yang dipakainya kerana ia kelihatan begitu cantik. Kami hanya sedar selepas beliau berlalu pergi.

Apapun sekalung tahniah kepada kedua2 peserta yang dapat menyiakan jahitan masing2 dengan baik. Dan seperti biasa, pesan saya, asal ada peluang di hujung minggu, teruskan segera jahit baju kedua, ketiga dan seterusnya untuk mengasah lagi bakat. (klik sini dan  sini) Insya-Allah makin kerap kita mencuba, jahitan kita bukan sahaja makin cantik,  dan cepat, tetapi juga kita akan beroleh pelbagai ilmu baru dalam dunia jahitan.

…………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply