Bengkel Baju Kurung ke-170: Disiplin selepas belajar menjahit.

Sebaik selepas mengikuti bengkel jahitan, saya selalu ingatkan semua peserta, agar segera jahit baju kedua, ketiga dan seterusnya. (klik sini)

“Kalau boleh, sebaik saja tamat kelas, pada malamnya atau keesokannya terus dipraktis ilmu yang dipelajari. Jangan tunggu ‘Hujung minggulah’ atau ‘Hujung bulanlah’ baru nak mula jahit baju kedua. Bukan apa, takut lupa!” Begitulah pesan saya.

Biasalah, mengikut pengalaman, apa sahaja kerja kalau kita bertangguh2, dari satu minggu ke satu minggu, dari bulan ini ke bulan depan, alamatnya ia akan makin jauh dan makin dilupakan. Akhirnya segala ilmu kemahiran yang baru dipelajari ini akan hilang begitu sahaja. Sayang sungguh, dengan pelaburan wang dan masa yang diluangkan ‘membazir’ begitu sahaja. Kelak, kita juga yang rugi. (klik sini)

Berikut suasana bengkel jahitan kali ini yang turut disertai Sdri Najiha yang akan menyambung pengajian di UIA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita, Peserta Remaja. Bookmark the permalink.

Leave a Reply