Bengkel Baju Kurung ke-163: Disiplin sebelum belajar menjahit.

Dalam apa2 sahaja pekerjaan atau perkara, disiplin amat penting. Tanpa disiplin yang baik, sukar membuahkan hasil yang baik. Begitu juga dalam bidang jahitan. Malah ia bermula lebih awal lagi.

Antara disiplinnya, ada yang sebelum belajar menjahit, ada semasa belajar dan ada yang selepas belajar. Bahkan ada juga disiplin2 tertentu semasa kita dah mahir menjahit.

Sebagai permulaan (mungkin sebagai ulang2an bagi mereka yang sering ikuti tulisan saya),  terutama sebagai membuka tirai bengkel jahitan selepas Aidilfitri kali ini,saya mulakan sedikit dengan disiplin sebelum belajar menjahit. (klik juga sini, sini,)

1. Sebaik mula terdetik untuk belajar menjahit, segera mencari maklumat yang kita perlukan. Antaranya tentang kelas, lokasinya, tenaga pengajarnya, sistem pembelajaran yang diaplikasi, dan apa sahaja yang ingin kita tahu sebagai orang baru. (Kesemua maklumat2 ini boleh juga dicapai melalui internet).
2. Boleh juga bertanya mereka yang tahu atau pernah mengikuti mana2 kelas jahitan.
3. Segera hubungi pengusaha kelas jahitan.
4. Jika berpuas hati dan yakin, segera daftar diri.

Biasanya jika kita tidak melayan rasa hati ingin belajar ini dengan kadar segera, ditakuti ianya mudah tawar dan langsung hilang semangat untuk menambah kemahiran dalam bidang jahitan. (klik dan sini)

(Bersambang di keluaran akan datang).

Berikut suasana bengkel jahitan baju kurung, yg diadakan serentak dengan bengkel jubah wanita. Seramai 7 peserta, termasuk sepasang suami isteri yang mengikuti bengkel jubah wanita.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply