Bengkel Jubah Wanita ke-55: Pupuk segera jika berminat menjahit.

Selain soalan popular, “Saya tiada asas langsung, bolehkah saya pandai menjahit dalam masa sehari?”, ada juga yang bertanya, “Saya tiada asas langsung, bolehkah saya join kelas ini?”

Sungguh, saya amat suka dengan soalan yang berterus-terang begini. Jelas, dan menggambarkan minat yang bersungguh dan perlu (pada saya: mesti) dipupuk segera.

Seperti yang saya selalu ulang2, bahawa bengkel yang kami wujudkan ini khusus untuk mereka yang tiada asas tapi berminat untuk belajar menjahit, atau mereka yang tahu ‘jahit sikit2’ dan ingin menambah kemahiran menjahit dengan ilmu yang betul. (klik sini dan  sini)

Dalam masa satu hari ini, penekanan yang utama yang kami berikan adalah membiasakan diri dengan asas2 jahitan, lebih penting daripada itu mencungkil bakat dan keberanian setiap peserta untuk menjahit! (klik sini, sini dan sini)

Manakala mereka yang sudah ada kemahiran atau sudah tahu menjahit, umpamanya baju kurung, dialu2kan untuk mempelajari pula menjahit yang lebih mencabar, umpamanya baju Melayu, atau baju Raihan atau jubah lelaki.  (klik sini)

Berikut adalah suasana Bengkel: KURUNG MODEN (KM31), yang turut diserta peserta JUBAH WANITA (JW55) dan BAJU MELAYU (BM8).

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply