Bengkel Kurung Moden ke-27: Terbeli Kain Licin

“Kak, saya dah terbeli kain licin. Okay ke kain licin ni kalau nak guna untuk belajar?” mengadu salah seorang bakal peserta bengkel jahitan.

Untuk belajar, kami menggalakkan bakal peserta membawa kain cotton (berukuran 4 meter atau lebih dgn bidang 45″). Antaranya jenis English Cotton, Japanease cotton, atau cotton yang kainnya tidak terlalu lembut seperti cotton voile. (klik: sini )

Kain cotton biasa menjadi keutamaan bagi semua peserta yang baru pertama kali menyertai bengkel ini, kerana keadaan kain/ fabriknya memudahkan kerja-kerja memotong dan proses menjahit dilakukan.

Tambahan pula, pada hari pertama bengkel diadakan, keutamaan bagi setiap peserta ialah mempelajari teknik-teknik mudah dan asas dalam jahitan, melatih diri berani  mengukur, menggunting dan menjahit dan sebagainya.

Berbeza dengan Kain cotton voile atau viscose, ia jenis kain cotton yang lembut atau lembik. Kain jenis ini agak susah dikawal terutama ketika menjahit. Ini akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lambat. Selain itu, saya juga bimbang, kesukaran memotong atau menjahit kain jenis ini  boleh menyebabkan peserta jadi jemu (boring) dan akhirnya hilang minat menjahit… (Bacaan lanjutm klik: sini)

Boleh tanya pekedai atau kedai kain semasa membeli kain. Kalau dah terbeli, tak mengapa. Kain yang licin / lembik tu boleh simpan dulu. Manakala untuk belajar, kami ada sediakan kain cotton yang boleh anda beli di bengkel. Kain licin tadi, boleh anda jahit kemudian, setelah anda agak mahir menjahit (klik sini)

Berikut suasana bengkel kali ini yang turut disertai dua peserta baju kurung.

Untuk pertanyaan: KLIK SINI

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Kurung Moden, Panduan Memilih Kain, Peserta Lelaki. Bookmark the permalink.

Leave a Reply