Bengkel Baju Kurung ke-152: Nilai tambah dalam perniagaan pakaian.

Sekitar bengkel sehari menjahit baju kurung di Masjid Ghufran pada Sabtu 30 Jan lalu yang turut disertai peserta lelaki.  Ini juga merupakan bengkel jahitan kali ke-33 disertai peserta lelaki, kali ini mengikuti pembelajaran menjahit baju kurung.

Ini juga membuktikan bidang jahitan baju kurung sesuai dipelajari oleh lelaki, terutama mereka yang ingin menceburi bidang jahitan atau membuka kedai pakaian (butik pakaian).

Saya juga suka menyarankan kepada mereka yang baru nak berjinak2 dengan dunia jahitan, sama ada perempuan atau pun lelaki agar terlebih dahulu mempelajari cara2 menjahit baju kurung, kerana ia asas yang baik untuk memudahkan pesrta belajar menjahit kurung moden, atau pun baju Melayu.

Tambahan pula, pengetahuan kita dalam dunia jahitan adalah nilai tambah sebagai tauke atau pengusaha butik pakaian.

Moga2 semua peserta kali ini dapat memanfaatkan ilmu yg baru dipelajari dgn sebaik mungkin.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Peserta Lelaki. Bookmark the permalink.

Leave a Reply