Bengkel Baju Kurung ke-151: Pita Ukur, murah tapi sangat penting.

Pita Ukur atau ada yang menyebutnya sebagai ‘tali tape’ adalah antara alatan yang paling mustahak dalam proses jahitan. Ia digunakan untuk mengambil ukuran di badan.

Pita ukur ini mempunyai nomnor di kedua-dua belah muka, iaitu dalam kiraan ‘inci’ dan ‘cm’. Panjang pita ukur ini adalah 150 cm atau 60 in pada muka yang satu lagi. Ia dikira bermula daripada hujung besi. Bagi ukuran inci, setiap 1 inci disela pada 8 bahagian atau disebut juga ’8 hun’. Bagi ukuran 1/4 inci, disebut juga sebagai 0.25 atau 2 hun. Bagi ukuran 1/2 inci, disebut juga 0.5 atau 4 hun. Dan 3/4 inci, disebut juga 0.75 atau 6 hun.

Oleh kerana ia alatan yang penting, kita hendaklah menjaganya dengan baik. Simpan di tempat tinggi atau dalam kotak/ laci selepas digunakan. Ia dapat mengelak daripada anak2 terconteng pada mukanya atau terkoyak tepinya yang akan menyebabkan kerja2 mengukur kurang selesa.

Berikut suasana bengkel baju kurung kali ini. Jika anda berminat menambah kemahiran menjahit, whatsapp kami di talian 0133391361 atau like www.facebook.com/bengkeljahitandotcom.

Puan Siti Zaharah, yang pernah belajar di Bengkel Baju Kurung sebelum ini, kali ini mengembangkan lagi pengetahuan di bidang jahitan dengan mempelajari asas jahitan kurung moden. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Kurung Moden, Peralatan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply