Bengkel Baju Kurung ke-150: Kenali zip

Sebelum memulakan kelas, saya akan minta setiap peserta bawa kain 4 meter, benang yang sama latar dengan kain serta zip biasa berukuran 8 in yang lebih kurang sama warna dengan warna kain

Zip ada banyak jenis. Ada zip biasa dan ada zip sembunyi / sorok (invisible zipper). Contohnya:

 
Gambar kiri: Tiga zip sebelah kiri adalah contoh zip biasa. Manakala zip paling kanan (hijau) dan zip berwarna merah (dalam gambar kanan) adalah contoh zip sembunyi.

Biasanya untuk tujuan pembelajaran asas jahitan, saya akan minta peserta bawa zip biasa (contoh warna kelabu di atas). Untuk pakaian dewasa, ukuran biasa zip adalah 8 in untuk kain.

Gambar di bawah pula adalah contoh tapak zip, yang akan digunakan untuk menjahit zip. Tapak yang sebelah kiri (putih) adalah untuk kegunaan zip biasa. Manakala tapak sebelah kanan (hijau) untuk zip sembunyi.

 Semasa bengkel, peserta akan diajar cara2 menjahit zip mengunakan tapak zip.

Apabila kita ke kedai peralatan jahitan, sebut dengan jelas jenis zip, kegunaan dan warnanya kepada pekedai. Insya-Allah mereka akan bantu kita membuat pilihan dengan betul.

Berikut adalah suasana bengkel jahitan minggu lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Panduan Menjahit, Peralatan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply