Bengkel Baju Kurung ke-149: Bezakan Antara Gunting Kain dan Gunting Kertas.

Gunting adalah peralatan yang amat mustahak dalam proses menyiapkan sepasang baju. Gunting yang tajam dapat memudahkan kita memotong kain dengan baik dan selesa. Manakala gunting yang tumpul mudah menghilangkan mood kita memotong kain …

Jadi, bagaimana nak pastikan gunting kain kita sentiasa tajam? Mungkin pada awal membelinya dulu, ia tajam. Tapi lama-kelamaan ia mula tumpul.

Antara petua mudahnya;
✔  Beli gunting yang khusus utk mengguting kain. (Saiz panjang gunting juga penting iaitu antara 9-11 in).
✔   Jangan guna gunting kain untuk menggunting kertas. Untuk menggunting kertas, belilah gunting yang lebih murah.
✔   Simpan gunting di tempat tinggi atau selamat daripada dicapai oleh anak-anak.  Ini dapat mengelak mereka menyalah guna gunting untuk menggunting kertas.
✔   Elakkan juga gunting daripada terjatuh dari tempat tinggi (seperti meja) kerana ia juga boleh menyebabkan gunting tumpul.

Contoh gunting kertas (atas) dan gunting kain (bawah).

Berikut adalah suasana bengkel baju kurung bagi kali ke-149 yang turut disertai peserta jubah wanita (ke-50).

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita, Panduan Menjahit, Peralatan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply