Bengkel Blaus 1: Keistimewaan belajar jahit blaus.

“Tak sangka belajar jahit blaus ni tak sesusah baju kurung dulu,” spontan komen Hajah Jalilah salah seorang peserta bengkel blaus yang pertama kali kami anjurkan ini.

“Belajar baju kurung dulu rasa susah sebab ia pengalaman pertama setiap peserta. Bila dah tahu beberapa istilah dan simbol dalam jahitan, itu yang memudahkan kita belajar kali ini,” jawab saya.

Tambah memudahkan pembelajaran kerana masing-masing dah tahu bagaimana nak pasang jarum, nak masukkan benang, dah ada keberanian memotong kain dan dah tahu nak kontrol mesin jahit.

Dalam bengkel blaus ini, para peserta diajar cara-cara untuk menjahit kolar hawaii, membuat lengan yang berkaff, cara membuat lubang butang,dan sebagainya.

Blaus amat sesuai dipakai ke pejabat atau apa saja majlis keraian, sama seperti baju kurung. Ia pakaian yang selesa dipakai. Selain kain, blaus juga boleh dipadankan dengan seluar panjang.

Berikut suasana bengkel blaus yang pertama kali diadakan pada awal Disember 2011.

Alhamdulillah, siap sudah sepasang blaus yang cantik.

Bagi mereka yang pernah mengikuti bengkel baju kurung sebelum ini, atau yang sudah tahu mengendalikan mesin jahit dengan baik, mungkin ingin mencuba pula menjahit blaus daripada jenis kain yang lembut pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Blaus. Bookmark the permalink.

One Response to Bengkel Blaus 1: Keistimewaan belajar jahit blaus.

  1. Hajah Jalilah Hj Abdullah says:

    Alhamdulillah. Terima kasih kepada Sifu Kak Tik. Hari ini 5/12/2011, saya melangkah ke pejabat dengan blaus labuh dan kain kembang A cut (warna dark purple) yang saya jahit sendiri.

    Terlalu gembira kerana buat pertama kali menggayakan sepasang baju (yang harga kain semeter RM4.50) apabila siap dijahit nilaiannua hampir mencecah RM100.

    Kawan-kawan terkejut dan mahu menempah baju kurung dan blaus. Saya akan cuba ambil tempahan dari fabrik-fabrik yang mudah digunting.

    Seperti kata Kak Tik, “Jal beranikan ambil tempahan sikit-sikit dulu, bila ada tempahan kita akan ada disiplin masa untuk usahakan siap. Mulakan menggunting dulu. Apabila telah siap menggunting kerja menjahit bila-bila masa terluang akan jadi mudah. Cara ini memudahkan kita ingat apa yang dipelajari.”

    Terima kasih Kak Tik, terlalu banyak ilmu yang saya pelajari selama dua hari berguru dengan Kak Tik berbanding dengan kos yuran RM 350.00. Dengan belajar menjahit blaus dan kain kembang A cut kini saya sudah faham bagaimana hendak membuat jubah dan pelbagai patern kain kembang.

Leave a Reply