Bengkel Jubah Wanita ke-41: Motivasikan diri rasa mudahnya menjahit.

Setiap kali kita tergerak hati untuk melakukan kebaikan, teruskanlah. Jangan bertangguh  lagi. Kerana apabila kita bertangguh-tangguh, selalunya kita akan tangguh terus…

Mudah nak fahamnya begini; setelah kita ikuti bengkel jahitan ini, dah ada ilmunya, teruskanlah mempraktiknya dengan menjahit jubah atau baju kurung kedua, ketiga dan seterusnya.

Tujuannya selain agar ilmu yang dipelajari tak lupa, dengan kerap menjahit, insya-ALlah jahitan kita bertambah kemas dan cantik. Lebih penting dari itu, kita akan merasakan bahawa menjahit itu sebenarnya mudah. (klik sini)

Rasa hati ‘mudah’ itu, sebenarnya satu motivasi terbaik untuk kita terus maju di lapangan jahitan. (klik sini) Dan itulah kebaikannya. Baik untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain juga. (klik sini)

Berikut suasana bengkel jubah wanita kali ini yang turut disertai peserta dari Pahang, dan seorang peserta baju kurung.

Puan Kamariah dari Bentong menggayakan jubah yang baru siap dijahit. Istimewanya jubah beliau ini kerana ia dijahit mengikut corak sedia ada. 

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita, Peserta Luar KL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply