Bengkel Baju Kurung ke-121: Luangkan masa 1 hari sahaja.

Insya-Allah, konsep belajar ‘satu hari boleh pandai’ menjahit ini akan kami teruskan dan pergiatkan lagi untuk semua bengkel yang kami jalankan. Kecuali Bengkel Baju Melayu sahaja yang masih kekal dua hari.

Matlamatnya supaya lebih ramai yang tidak dapat luangkan masa untuk dua hari, dapat ikuti kelas menjahit satu hari ini.

Besar benar hajat kami untuk memahirkan seramai mungkin kaum ibu terutamanya, dengan ilmu jahitan. Selain ia mampu menyelesaikan urusan penyediaan pakaian keluarga, terutama pada musim perayaan atau awal penggal persekolahan, mana tahu ia kemudiannya dapat dijadikan sumber pendapatan baru keluarga.

Minggu ini hanya dua peserta, salah seorangnya iaitu Puan Liza datang dari Pahang semata-mata untuk mengikuti bengkel jubah wanita. Dan ini adalah bengkel kedua bagi beliau yang sebelum ini pernah mengikuti bengkel baju kurung di sini.

Berikut suasana bengkel kali ini.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita, Peserta Luar KL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply