Bengkel Jubah Lelaki 01: Peluang Niaga

Alhamdulillah, hasrat saya untuk mengadakan bengkel Jubah Lelaki akhirnya terlaksana jua. Walaupun cuma dengan seorang  peserta, ia satu permulaan yang baik.

Ini kerana, bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan pakaian (sama ada butik atau online), trend jualan jubah lelaki dan jubah wanita masa kini amat memberangsangkan. (klik sini)

Peserta tunggal Jubah Lelaki, Sdr Farid datang dari jauh – Penang. Masih muda dan ada kerjaya baik, beliau sanggup datang ke KL semata-mata untuk menambah kemahiran diri.

Untuk tujuan itu juga, saya sedaya upaya cuba dengan sebaik mungkin memudah cara pembelajaran agar bengkel ini dapat diikuti oleh seramai mungkin.

Daripada asalnya dua hari (dengan kaedah belajar yang relaks), silibus dipercepatkan (belajar secara intensif) kepada satu hari sahaja. Hanya satu hari cuti hujung minggu sahaja mereka perlu hadir kelas, manakala satu hari lagi mereka dapat berehat. (klik sini)

Manakala mereka yang bekerja pada hari Sabtu, kelas boleh diatur pada hari Ahad, dengan syarat ada sekurang-kurangnya 5 peserta. Yang penting, mereka yang berminat menambah kemahiran jahitan dapat belajar dengan selesa. (klik sini)

Berikut suasana bengkel jubah pada kali ini.

………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Jubah Lelaki, Bengkel Jubah Wanita, Peserta Lelaki, Peserta Luar KL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply