Bengkel Baju Kurung ke-116, Jubah Wanita ke-36: Ilmu tak selalu datang bergolek.

Rezeki, ilmu atau pengalaman tambahan tak datang bergolek. Kita kena usaha untuk memperolehinya.

Berusaha, maknanya kena ada pengorbanan: sama ada tenaga, wang atau masa, atau dua daripadanya atau pun ketiga-tiganya sekali.

Walaupun begitu, di pihak kami, kami sentiasa berusaha memudah cara pembelajaran agar mereka yang sibuk, yang terpaksa bekerja pada hujung minggu, tetap dapat hadir.

Salah satunya, kami usahakan agar kelas dua hari kepada satu hari saja.  Walaupun satu hari, silibus yang diajar tetap sama. Itunya sekiranya peserta bersedia untuk belajar dengan cepat, dan sanggup pulang lewat sikit (jika amalinya masih belum siap). (Klik sini)

Yang penting, mereka yang sibuk hanya perlu ambil cuti satu hari saja. Dan lebih penting lagi, mereka dapat menambah satu lagi kemahiran dalam hidup mereka: menjahit pakaian untuk diri sendiri dan anak-anak. (klik sini)

Berikut suasana bengkel jahitan kali ini yang turut disertai personaliti TV3, Hazlin Hussain yang mengikuti bengkel baju kurung.

# Bengkel jahitan kali ini: Baju Kurung, Jubah Wanita dan kurung moden.

 ………………………………………………………………………………………..
Untuk pertanyaan: KLIK SINI
………………………………………………………………………………………..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita, Bengkel Kurung Moden, Peserta Lelaki. Bookmark the permalink.

Leave a Reply