Bengkel Baju Kurung ke-115, Baju Melayu ke-04: Menjaga alat bantu menjahit

Menjaga peralatan jahitan dengan baik dan menggunakannya dengan cara yang betul amat penting bagi memastikan ‘hayatnya panjang’.

Sebagai contoh, gunting kain jangan digunakan untuk menggunting kertas. Kerana ia akan mudah tumpul. Sebaiknya untuk menggunting kertas, sediakan gunting biasa yang murah harganya.

Gunting kain hanya digunakan untuk menggunting kain saja. Jangan biarkan ia bersepah di lantai, atau mencampak atau menjatuhkannya, kerana ia akan merosakkan atau menumpulkan ketajaman gunting tersebut.

Gunting yang kurang tajam akan menyebabkan kerja kita terganggu dan hasil kerja kita kurang memuaskan.

Begitu juga dengan dengan mesin jahit, atau pembaris, penetas, jarum peniti, kapur tanda dan sebagainya. (Lihat juga sini dan sini) Semuanya perlu dijaga baik dan digunakan dengan cara yang betul.

Berikut suasana bengkel baju kurung, dan bengkel baju Melayu yang turut disertai peserta daripada Muar Johor.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Baju Melayu, Peserta Luar KL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply