Bengkel Baju Kurung ke-92: Beli kain 4 meter.

Sehingga kini, masih ramai bakal peserta yang menelefon atau bertanya di page facebook saya, “Saya tak pernah belajar menjahit. Boleh ke saya pandai dalam masa dua hari?”

Setiap perkara baru bagi kita, memang kita akan teragak-agak untuk percaya. Sebab itulah, saya cuba memudahkan cara, bukan sahaja dalam soal cara-cara  belajar, bahkan lebih awal dari itu lagi iaitu bermula dengan bagaimana cara membeli kain.

Biasanya kepada setiap bakal peserta yang belum ada asas menjahit, saya akan sarankan agar membeli atau bawa kain cotton bidang 45 dan berukuran 4 meter, ataupun  4 1/4 atau 4 1/2 meter bagi mereka yang bersaiz XL (tinggi atau gemuk).

Ukuran ini dipilih kerana ia akan memudahkan kita mempelajari cara mudah memotong kain. (Untuk mengetahui apa itu ‘bidang’, klik sini)

Contoh perbezaan kain ela yang disusun dalam gulung menegak;
bidang 45 (kiri) dan bidang 60 (kanan).

Ini berbeza jika kita beli kain yang bidangnya 60″. Biasanya jika kita tanya jurujual kain, berapakah ukuran kain untuk kita? Mereka akan beritahu “Kain bidang 60, cukup beli 3.5 meter sahaja.”

Pengalaman saya, bagi mereka yang belum ada asas menjahit, kain bidang 60 dengan ukuran 3.5 meter ,  agak sedikit menyukarkan mereka untuk mempelajari cara-cara keruk pola atau dasar baju.

Sebab itulah, bagi mereka yang baru mula belajar menjahit, walaupun  jika anda memilih kain yang bidangnya 60 (kerana berkenan dengan corak kainnya), saya sarankan agar anda belilah  kain tersebut dengan ukuran  4 meter juga bagi memudahkan anda belajar cara-cara asas memotong kain, seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Jika sudah belajar dan sudah faham cara-cara memotong dan menjahit, maka selepas itu bolehlah anda membeli kain mengikut ukuran badan anda yang sebenar, sama ada ‘bidang 45 : 4 meter’ atau ‘bidang 60 : 3.5 meter’ sahaja!

Berikut suasana bengkel baju kurung kain ini yang turut disertai peserta bengkel blaus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Blaus, Panduan Memilih Kain. Bookmark the permalink.

Leave a Reply