Bengkel Baju Kurung ke-88: Keistimewaan Kain Cotton

Suatu ketika dulu, saya pernah menulis secara ringkas tentang kain-kain pilihan. (Klik sini) Antaranya kain cotton.

Kain cotton dipilih sesuai untuk peserta yang baru pertama kali menyertai bengkel ini kerana keadaan kain/ fabriknya memudahkan kerja-kerja memotong dan proses menjahit dilakukan.

Pun begitu, kain cotton yang sudah siap dijahit punya tarikan tersendiri. Ini  dapat dilihat dengan adanya pilihan istimewa baju kurung yang siap dijahit yang turut dijual sebaris dengan kain-kain jenis lain juga.

Ramai yang suka baju kurung dari jenis cotton kerana kainnya yang tebal (tidak jarang), tidak mudah ‘melekat’ pada tubuh dan selesa dipakai dalam cuaca negara kita. (Klik sini)

Berikut suasana bengkel baju kurung kali ini yang turut disertai peserta baju kurung moden dan jubah wanita. Dua peserta jauh kali ini, dua sahabat baik Puan Fazlina dan Puan Junaida dari Perlis.

Puan Junaida dari Perlis bersama Baju kurung Moden dan Jubah Wanita yang berjaya disiapkan dalam masa dua hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Jubah Wanita, Bengkel Kurung Moden, Panduan Memilih Kain, Peserta Luar KL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply