Jom Belajar Jahit Baju Melayu

SAYA mula belajar menjahit baju Melayu selepas berkahwin, kira-kira 25 tahun lalu. Itu pun lepas jenuh suami menyuruh. Kali pertama siap sehelai baju Melayu untuk suami, saya sendiri malu melihatnya, terutama pada bahagian kolar dan poketnya yang tidak kemas.

Walaupun suami membuat sedikit teguran, tapi beliau tetap memakainya ke surau. Ia sedikit sebanyak mendorong saya untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Saya mula bertanya kawan-kawan yang tahu menjahitnya.

Lama kelamaan, jahitan baju Melayu saya bertambah baik. Tahun demi tahun kemahiran bertambah seiring dengan kerapnya saya menjahit baju Melayu untuk suami dan anak-anak.

Hanya setelah saya mengikuti kursus jahitan secara betul, barulah saya benar-benar berpuas hati dengan tahap jahitan baju Melayu saya.

Setelah tamat kursus selama setahun, saya mula mengadakan kelas jahitan di rumah saya. Kemudian, saya kembangkan lagi dengan mengadakan kelas-kelas jahitan dari rumah ke rumah. Diikuti dengan mengadakan bengkel-bengkel jahitan. Ia bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai kaum ibu mempelajari bidang jahitan.

Sebenarnya menjahit baju Melayu tidaklah sesukar mana jika kita tahu cara-caranya. Malah bagi saya ia suatu yang mencabar tapi menyeronokkan.

Pernah satu ketika, menjelang hari raya saya dapat menyiapkan 5 helai baju Melayu untuk suami dan anak-anak dalam masa tak sampai dua hari.

Alhamdulillah, walaupun rata-rata peserta saya hari ini memilih belajar menjahit baju kurung dan langsir, saya benar-benar berharap di masa akan datang, lebih ramai yang bersedia belajar menjahit baju Melayu.

Jika anda ingin mengetahui cara-caranya, jom kita belajar menjahit baju warisan kebanggaan kita ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Jahit Baju Melayu, Kaedah Pembelajaran, Kenapa Belajar Menjahit?. Bookmark the permalink.

3 Responses to Jom Belajar Jahit Baju Melayu

  1. Hilmi.Lynn.Hasya says:

    salam..
    akak,kelas utk menjahitt baju melayu takde ke?saya berminat utk belajar.

  2. Puan Norhayati Ismail says:

    Insyallah, saya akan cuba rancang pada tahun depan.

  3. ZAHA ZALY says:

    salam .
    saya baru belajar baju melayu tapi x kemas terutamabahagian kolar
    boleh x berkongsi tip untuk buat kolar cekak musang yang cantik….

Leave a Reply