Bengkel Baju Kurung ke-78 dan Baju Kurung Riau ke-01: Penjagaan mesin jahit.

Ramai peserta, termasuk juga bakal peserta, yang bertanya sama ada elok mereka beli mesin jahit mudah alih (portable) atau mesin jahit industri (highspeed). (klik sini)

Kepada mereka yang benar-benar ingin menjadikan bidang jahitan satu kerjaya baru atau sebagai satu usaha untuk menambah pendapatan keluarga, kedua-dua mesin tersebut perlu ada. Tambah lagi satu; mesin jahit tepi. Fungsi dan kelebihan ketiga-tiga mesin ini telah saya tulis sebelum ini (boleh klik sini).

Walau bagaimanapun, sebagai langkah pemula, mesin jahit biasa (jenis mudah alih @ elektrik seperti foto di atas, atau jenis kayuh seperti yang digunakan oleh kaum ibu kita dahulu) adalah ‘wajib’. Ini kerana tanpa mesin jahit, kita tidak dapat mempraktis apa yang dipelajari. Lama kelamaan, dikhuatiri ilmu yang dipelajari mudah lupa. (Klik sini)

Manakala mesin jahit industri  boleh dibeli jika anda telah mahir menjahit, atau inginkan hasil (jahitan) yang cepat, serta ada lebihan kewangan. Ia satu pelaburan yang amat berbaloi. Begitu juga dengan mesin jahit tepi. Semuanya ada saya terangkan semasa pengenalan dunia jahitan pada hari pertama bengkel.

Mesin jahit juga perlu dijaga baik. Sebagai contoh, gunakan mesin jahit dengan teratur dan perlahan (tidak menekan pedalnya dengan kasar, kuat atau laju-laju). Padam juga lampunya setelah digunakan. Ini bagi mengelak lampunya menjadi panas.  Jaga juga dari dicapai atau dicuba guna oleh anak-anak (bagi yang ada anak kecil) dan sebagainya.

Berikut suasana bengkel baju kurung kali ini, yang juga dapat disiapkan dalam masa sehari sahaja sama seperti bengkel baju kurung sebelum ini.

Bengkel kali ini sekali lagi dihadiri oleh Puan Hamidah dari Singapura. Ini adalah kali ketiga beliau datang KL, kerana beliau merasakan benar-benar selesa memakai baju yang beliau jahit berdasarkan kiraan dan ukuran yang dipelajari di bengkel ini. Kali ini beliau mempelajari menjahit baju kurung Riau. Baju kurung Riau berbeza dengan baju kurung tradisional pada jahitan kekek di bahagian ketiaknya (foto-foto di bawah).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Bengkel Kurung Riau, Panduan Memilih Mesin, Peserta Luar Negara. Bookmark the permalink.

Leave a Reply