Ye ke aku boleh jahit ni?

Seorang surirumah emel kepada saya:

Kursus yg puan anjurkan cuma 2 hari jer… Kalau orang baru macam saya yang langsung tak ada asas jahitn dan tak tau pasal jahitan…cukup ke msa 2 hri tu? Saya harap sangat puan dapat jelaskan..
Jawapan saya:
Alhamdulillah, ramai antara peserta saya langsung tak pernah ada asas menjahit. Bahkan ada yang langsung tak pernah pegang mesin pun.
Beberapa hari sebelum belajar itulah baru mereka beli mesin jahit. Sebelum hari belajar, saya pesan supaya mereka biasakan dulu menjahit – ambil perca kain, dan jahit lurus. Jahitlah berulang kali supaya tangan kita dapat mengawal pergerakan mesin.
Berkat ketekunan mereka, mereka dapat menjahit sepasang baju kurung dengan sempurna.
Biasanya mereka akan terkejut bila lihat baju dah siap. “Ye ke aku boleh jahit ni?” kata mereka terkejut.
Cuma pesan saya kepada mereka, kena selalu berlatih, agar tangan dapat jahit dengan kemas dan cantik. Belilah kain yang murah-murah dulu, yang penting kena selalu dipraktik ilmu yang tekah dipelajari.
Biasalah orang tak pernah menjahit, sudah pasti jahitan mereka belum kemas. Ada bengkang bengkok di sana sini.
Itulah proses belajar.
NOTA:
Untuk makluman, saya tidak lagi mengadakan kelas dari rumah ke rumah. Kini saya menumpukan masa dengan mengadakan bengkel jahitan pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad.
Untuk menyertai bengkel, sila baca entri terbaru kami.

Harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply