Bengkel Baju Kurung Ke-14: Peserta termuda.

Bengkel kali ini diadakan untuk para karyawan Galeri Ilmu dan keluarga mereka. Bertempat di Dewan Serbaguna, Galeri Ilmu Sdn Bhd, penerbit majalah Anis, Asuh dan Q&A.

Fatin Hafizi, pelajar tingkatan 3 yang juga anak kepada salah seorang kakitangan bahagian pemasaran, menjadi peserta termuda setakat ini yang mengikuti bengkel jahitan baju kurung.

Seperti dua bengkel sebelum ini, bengkel kali ini juga turut disertai peserta lelaki, Sdr Fauzi dari Jabatan Kreatif.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih kepada Cik Suriati di atas kerjasama yang telah diberikan.

Berikut suasana bengkel kali ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Peserta Berkumpulan, Peserta Galeri Ilmu Media, Peserta Lelaki, Peserta Remaja. Bookmark the permalink.

3 Responses to Bengkel Baju Kurung Ke-14: Peserta termuda.

  1. dahari says:

    Salam,

    terima Kasih banyak kak Yati, Sekarang wife dah boleh buat baju kurung..

    insyaallah, lain hari baju melayu pulak… huhuhuhuuhu,,,

Leave a Reply