Kelas Asas Menjahit Baju Kurung

Alhamdulillah, sambutan terhadap kelas menjahit Baju Kurung amat menggalakkan.

Saya bersyukur kerana kesemua yang telah mengikuti kelas saya dapat capai sasaran yang saya tetapkan.
Oleh kerana masa saya yang amat terhad pada hujung minggu, sedangkan ramai yang bertanya tentang jadual kelas, maka saya ingin menyusun semula kelas menjahit baju kurung seperti berikut:

Kelas 2 hari pada hujung minggu:-
Hari 1 : 10 pagi – 4 ptg (rehat tengahari selama 1/2 jam – makan /solat)
Hari 2 : 10 pagi – 1 tgh.
Jumlah masa: 8 1/2 jam
Yuran: RM250
* Tambahan antara RM20 – RM30 (untuk kos pengangkutan hari ke-2).
* Kos tambahan dikecualikan sekiranya peserta datang belajar di rumah saya.

Maklumat Terkini:

Mulai bulan Mei 2011, saya tidak lagi mengadakan kelas dari rumah ke rumah. Kini saya telah mengadakan bengkel Intensif Baju Kurung selama 2 hari (Sabtu dan Ahad).

Ini kerana saya ingin lebih ramai yang dapat belajar menjahit baju kurung. Jumlah peserta bagi setiap bengkel ialah antara 5 – 7 orang sahaja.

Ada 2 lokasi bengkel ini diadakan:-
i) Kompleks Balai Islam TTDI
ii) Dewan JKKK, Kajang.

Yuran: RM250 (tiada kos pengangkutan dikenakan).

Untuk mengetahui bila dan di mana bengkel ini diadakan pada setiap minggu, sila lihat jadual terkini (SENARAI PESERTA TERKINI) di atas / kanan.

Harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Info Bengkel, Kaedah Pembelajaran, Umum. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kelas Asas Menjahit Baju Kurung

  1. nina says:

    Salam…

    saya berminat untuk join kelas secepat mungkin. Dimana kelas diadakan? kalau saya menetap di Subang Jaya…di mana kelas terdekat? dan apa keperluan untuk join kelas?. Mohon nasihat..tq

  2. Puan Norhayati Ismail says:

    Waalaikumussalam

    Bengkel terdekat pada 30-31 julai ini di Kompleks Balai Islam TTDI. Masih ada kekosongan. Harap dpt cal saya segera jika berminat.

  3. Puan Norhayati Ismail says:

    Saya tidak lagi adakan kelas dari rumah ke rumah. Sekarang saya adakan bengkel intensif baju kurung selama 2 hari.
    Jadual dan lokasi bengkel pada setiap bulan boleh lihat blog saya.

Leave a Reply