Kelebihan belajar menjahit baju kurung.

Saya sering juga menerima permintaan daripada beberapa peserta yang ingin mengikuti bengkel blaus atau baju Melayu walaupun mereka sebenarnya tak pernah belajar menjahit baju kurung.

Kepada mereka, saya nasihatkan supaya ambil dulu kelas baju kurung. Kerana pada saya, kelas baju kurung ini adalah asas menjahit pakaian sama ada pakaian wanita atau lelaki. Melaluinya mereka banyak belajar asas-asas dalam jahitan, terutama jahitan lurus.

Pada saya juga, kelas atau bengkel baju kurung ini amat istimewa. Siapa yang tahu menjahit baju kurung, insya-Allah akan dapat belajar sendiri beberapa jahitan susulan yang lain.

Kalau mahu, mereka boleh mencuba sendiri menjahit patch work daripada perca-perca kain yang berlebihan dan mungkin dah nak buang, jahit beg tangan yang mudah-mudah untuk anak-anak, jahit sarung bantal,  kusyen, saprah cadar, alas meja, jahit langsir yang lurus dan mudah untuk bilik tidur anak, tampal sendiri baju-baju atau telekong yang koyak dan sebagainya.

Pokok pangkalnya berani. Iya, berani mencuba. Dan itu juga yang saya tekankan melalui bengkel saya. Saya latih mereka berani menggunting, mengawal mesin, menjahit, dan sebagainya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Jahit Baju Kurung, Kaedah Pembelajaran, Kenapa Belajar Menjahit?. Bookmark the permalink.

Leave a Reply