Bengkel Baju Kurung ke-68: Sasarkan satu minggu, satu pasang baju kurung.

Walaupun Ramadan belum menjelma, kebanyakan kedai jahit atau tukang jahit sudah dihujani dengan tempahan pakaian raya. Ada yang sudah tidak mampu lagi menerima tempahan.

Jadi, inilah masanya semua peserta yang telah dan bakal mengikuti bengkel-bengkel jahitan yang kami anjurkan, menggunakan ilmu jahitan yang dipelajari dengan sebaik mungkin, iaitu dengan cara menyediakan sendiri pakaian raya untuk keluarga.

Mulai hari ini, pasanglah niat untuk menyiapkan satu pasang baju kurung pada setiap minggu. Bagi kaum ibu yang bekerja, ambillah masa setengah jam atau satu jam selepas Isyak (atau semasa menemani anak-anak menyiapkan kerja sekolah) untuk menjahit. Insya-Allah, menjelang raya, kita akan dapat menyiapkan beberapa pasang baju kurung (atau jubah ataupun baju Raihan – bagi mereka yang mempelajarinya) untuk keluarga.

Manakala bagi mereka yang sudah cekap menjahit, inilah masa yang sesuai untuk menawarkan perkhidmatan jahitan kepada anggota keluarga terdekat atau jiran tetangga. (klik sini)

Kali ini, ada dua peserta iaitu Aiman dan Imtiyaz, join bengkel jahitan sebelum ‘terbang’ ke UK menyambung pengajian di sana. Salah seorang daripada mereka turut mengikuti bengkel jubah yang diadakan pada minggu lalu.

Walau pun kedua-dua mengambil kursus profesional, minat mendalam mereka di bidang jahitan ini diharap dapat menjadi nilai tambah yang amat berguna untuk masa depan mereka. (klik sini). Moga-moga mereka beroleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Beriktu suasana bengkel baju kurung kali ke-68, kali ini.

                                Dua peserta remaja, Imtiyaz & Aiman.

Senarai nama peserta:
1. Arni Azura (KL)
2. Zaflinda (Ampang Jaya)
3. Nur Jawahir (BB Bangi)
4. Mida (Sg Buloh)
5. Imtiyaz (Rawang)
6. Nurul (Puchong)
7. Aiman Nabihah (Sg Buloh)
8. Raoudhah (Saujana Dmsnra)
9. Shafiqah (Shah Alam)
10. Elia (Ulu Langat)
11. Siti (Shah Alam)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Panduan Menjahit, Peserta Remaja. Bookmark the permalink.

Leave a Reply