Bengkel Baju Kurung Ke-13: Mari kita berkongsi pahala.

Saya sering menerima pertanyaan popular dari mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia jahitan: “Saya tak pernah belajar menjahit.  Bolehkah saya pandai menjahit dalam bengkel sehari ini?”

Sebagaimana selalu, jawapan saya ialah kesemua peserta bengkel saya  yang sangat saya kasihi sebagai bukti. Hampir 95% daripada mereka asalnya tak tahu menjahit, malah tak pernah pegang mesin pun. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran mereka, akhirnya mereka dapat menyiapkan sepasang baju kurung atau jubah wanita dan sebagainya dengan baik.

Cuma seperti selalu juga, pesan saya, kalau ingin jahitan kita bertambah cantik dan kemas, kenalah selalu praktis menjahit. Paling baik, segera jahit baju kedua, ketiga dan seterusnya. Bukan apa, takut lupa kalau lepas sebulan atau dua bulan belajar baru nak mula menjahit baju kedua… Kan sayang dengan ilmu yang baru dipelajari.

Bukan itu sahaja, kalau kita selalu menjahit, insya-ALlah akan ada banyak lagi ilmu dan seni2 dalam jahitan akan kita tahu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Selain itu, pesanan saya juga, setiap kali ingin menjahit, niatkanlah kita menjahit untuk menghasilkan pakaian yang cantik dan dapat menutup aurat kita dan anak-anak.  Insya-Allah, ia bukan saja  dapat membanggakan suami dan menggembirakan hati anak-anak, malah ada pahala di sisi Allah SWT.

Sekiranya jahitan kita diakui cantik dan kemas oleh jiran dan kenalan, sudah pasti mereka akan memberi kepercayaan dan membuat tempahan dengan kita. Apabila kita menjahit baju yang ditempah oleh mereka, niatkanlah kita menjahit pakaian yang terbaik untuk mereka dan dapat memberikan kita hasil pendapatan tambahan untuk keluarga. Insya-Allah, pendapatan bertambah, pahala pun dapat.

Begitu juga  selaku pembimbing jahitan anda, saya juga perlu berniat untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada anda semua kerana Allah. Manakala anda juga perlu berniat belajar menjahit kerana Allah Taala. Insya-Allah, sepanjang masa kita belajar, ia akan dikira sebagai ibadah kita kepada Allah SWT.

Berikut adalah suasana  bengkel baju kurung yang diadakan di Kompleks Balai Islam Masjid Al Ghufran hujung minggu lalu…

KLIK SINI

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung, Peserta Lelaki. Bookmark the permalink.

Leave a Reply