Bengkel Baju Kurung ke-59: Utamakan keselamatan!

Menjahit boleh mengurangkan tekanan, terutama bagi mereka yang sibuk bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Maka aktiviti menjahit yang dijadikan hobi pada hujung minggu mungkin dapat meredakan sedikit beban rutin harian yang sibuk, setidak-tidaknya  setelah baju yang siap dijahit.

Teruslah mempraktis ilmu jahitan yang baru dipelajari ini. Insya-Allah, sedikit demi sedikit kemahiran akan diperolehi.

Setelah agak mahir (hasil selalu menjahit atau rajin mencuba), poses-proses mengukur, menggunting dan menjahit menjadi mudah. Pun begitu, bagi yang ada anak-anak kecil keselamatan mereka tidak mudah, bahkan perlu diutamakan.

Proses menjahit boleh buat separuh-separuh (maknanya jahit sikit, tinggal, kemudian sambung balik bila ada kelapangan). Tapi bagi proses menggunting terutamanya, kena cari waktu yang sesuai. Atau bagi mereka yang ada anak kecil, berhati-hati apabila mereka ada  di sisi.

Mereka amat suka meniru. Mana tahu, waktu kita ke dapur atau ke bilik air, kain kita pula yang mereka  gunting! (Klik sini). Sebaiknya, setelah menggunting, simpan gunting atau alatan tajam lain di tempat selamat…

Berikut suasana bengkel kali ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bengkel Baju Kurung. Bookmark the permalink.

Leave a Reply